
Kalau kami sebut nama pelakon ini, tipulah kalau anda tak kenal. Budak darjah satu tersangkut kepala di kerusi pun kenal pelakon yang pernah menggegar hati wanita seluruh Malaysia sebelum ini. Maksud kami, sebelum ini sahaja.
Pernah digosipkan bercinta dengan beberapa orang artis wanita tempatan, dia bukan saja pernah dicop kaki perempuan, malah, peminat sendiri melabelkan aktor ini sebagai ‘artis hinggap’.
Al-kisahnya, selepas asyik menimbulkan kontroversi dengan beberapa artis wanita ternama, pihak pengurusan pelakon ini khabarnya sedang berkira-kira untuk membuang aktor ini dari pengurusan mereka.
Menurut sumber-sumber terapat, dua orang atas pihak pengurusannya dikatakan bergaduh disebabkan perangai aktor ini yang kerap bertukar teman wanita sehingga menimbulkan pelbagai kontroversi.
Ironinya, ketika menjayakan sebuah teater yang turut dilakonkan oleh aktress-aktress ternama tanahair, aktor ini telah dipilih oleh pengarah untuk memegang watak sebagai seorang ustaz yang ‘alim-alim kucing’, tak ubah seperti dirinya yang sebenar.
Persoalannya, adakah pengarah teater sendiri sudah nampak perangai aktor tersebut? Dan kalau betul aktor ini bakal dibuang dari pihak pengurusannya, harapnya sedarlah sikit ya.
OHBULAN
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.