Breaking News
Loading...
Monday 20 January 2014

Pasangan Selebriti SchaAwal Bakal Peroleh Cahaya Mata Pertama

13:42:00
Pasangan Selebriti SchaAwal Bakal Peroleh Cahaya Mata Pertama

PASANGAN suami isteri Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari meluahkan kesyukuran kerana bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Melalui laman Facebook, Awal memaklumkan Scha sudah pun memasuki peringkat trimester kedua iaitu bulan ke lima kandungannya.

Pasangan Selebriti SchaAwal Bakal Peroleh Cahaya Mata Pertama

“Syukur, Alhamdulillah kami sangat gembira untuk mengumumkan bahawa kami menjangkakan kelahiran bayi pertama mereka, InsyaAllah.

“Scha kini sedang memasuki trimester kedua dan kami amat bersyukur dengan pemberian rezeki ini. Terima kasih buat semua yang selalu mendoakan kami dan moga semuanya berjalan lancar, Amin,” kata Awal.

Gembira melihatkan kedua-dua pasangan suami isteri bakal menyambut cahaya mata sulung mereka.
Pada September tahun lepas, Scha telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dari dalam rahimnya selepas disahkan menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

Dalam status Facebook berkenaan, Awal turut berkongsi gambar imbasan ultra-sound kandungan Scha untuk peminat dan pengikut pasangan itu di Facebook.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer