Breaking News
Loading...
Thursday 23 January 2014

Syamsul Yusof Tak Berniat Rahsia Majlis Risik

20:20:00
Syamsul Yusof Tak Berniat Rahsia Majlis Risik

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengatakan dia tidak berniat langsung mahu merahsiakan majlis merisik bakal isterinya, pelakon cantik manis, Puteri Sarah Liyana yang berlangsung di kediaman aktres itu di Bandar Sri Damansara, Ahad lalu.

Syamsul, 30, menulis di laman Facebook, bahawa dia akan menghebahkan majlis pernikahannya kelak untuk pengetahuan semua peminatnya di luar sana.

“Saya tiada niat rahsiakan majlis merisik. Risik saja jadi saya pilih untuk tidak kecoh-kecoh.

“Waktu nikah nanti saya war-warkan ya. Itu yang utama,” tulisnya lagi.

Syamsul juga dikhabarkan sudah membuat persiapan perkahwinan dengan membeli rumah bernilai RM 1 juta yang akan didiaminya kelak bersama calon isterinya itu. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer