Breaking News
Loading...
Thursday 23 January 2014

Shahz Jaszle Teruskan Rancangan Kahwin Tahun Ini

14:05:00

Shahz Jaszle Teruskan Rancangan Kahwin Tahun Ini

Walaupun hubungan percintaan dengan tunangnya, Redzwani Puteri dihambat dengan pelbagai dugaan, Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin masih tetap meneruskan perancangannya untuk menikahi wanita itu pada tahun ini.

Ketika ditemuramah oleh Media Hiburan berikutan kegagalan permohonannya untuk menggugurkan kes khalwat bersama seorang bekas kakitangan bank, Shahz Jaszle turut menjelaskan bahawa hubungannya dengan Redzwani sudah pulih sepenuhnya sejak Aidilfitri yang lalu.
“InsyaAllah, jika tiada sebarang halangan doakan kami untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun ini”
Shahz Jaszle Teruskan Rancangan Kahwin Tahun Ini
Hubungan Shahz Jaszle dan Redzwani telah kembali pulih
Shahz Jaszle, 26, telah mengikat tali pertunangannya dengan Redzwani pada penghujung tahun 2012 dan hubungan mereka berdua pernah goyah seketika disebabkan kes khalwat Shahz Jaszle pada Mei tahun lalu.
Beralih pada soal karier, Shahz Jaszle memberitahu bahawa rezekinya sebagai seorang pelakon tidak terjejas dan dia kini sibuk memenuhi jadual penggambaran yang padat.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer