Breaking News
Loading...
Wednesday 22 January 2014

Lelaki Cuba Curi Keluli Mungkin Kudung Tangan

15:47:00
Lelaki Cuba Curi Keluli Mungkin Kudung Tangan

Beijing : Seorang lelaki berdepan kemungkinan kudung apabila lengannya tersepit tiang ketika cuba mencuri keluli di dalam struktur itu.

Kejadian berlaku di Guang’an, wilayah Sichuan ketika lelaki terbabit cuba menggergaji bahagian luar tiang diperbuat daripada konkrit untuk mencuri keluli di dalamnya.

Malangnya, tiang itu terjatuh ke atasnya mengakibatkan lengan kirinya tersepit.

Orang awam yang terdengar jeritannya menghulurkan bantuan dan menghubungi pasukan kecemasan.

Anggota bomba berjaya mengangkat tiang berkenaan dan melepaskan mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, doktor berkata mangsa mungkin perlu dipotong lengannya akibat terlalu lama tersepit sehingga terputus bekalan darah. – AFP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer