Breaking News
Loading...
Thursday 30 January 2014

Emma Maembong: Bergurau Ada, Bercumbu Tak Mungkin

10:29:00
Emma Maembong: Bergurau Ada, Bercumbu Tak Mungkin

Minggu ini hangat dengan kisah pasangan pelakon Emma Maembong dan Zizan Razak yang didakwa bercumbu dalam kapal terbang ketika dalam perjalanan ke Los Angeles, baru-baru ini.

Zizan bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan mereka tidak pernah membuat aksi tidak senonoh tersebut.

Si gadis juga telah memberikan keterangannya dalam sebuah akhbar mengatakan dakwaan itu adalah sangat melampau dan sama sekali tidak berasas.

“Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.

“Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini,” jelas aktres kacukan Melayu-Scotland ini.

Selain itu, Emma tidak menafikan dia dan Zizan ada bergurau senda tetapi tidaklah sampai ke tahap hendak bercium!

Kedua-dua figura popular itu kini sedang hangat dikatakan bercinta namun sehingga kini masih belum membuat sebarang pengakuan mengenai hubungan sebenar di antara mereka.

Emma merupakan artis di bawah naungan Wire Fame Entertainment yang dimiliki oleh Zizan.

Selain Emma, artis lain yang bernaung di bawah syarikat itu ialah Kaka Azraff, Chacha Maembong dan Johan As’ari. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer