Breaking News
Loading...
Wednesday 22 January 2014

Dadah Berselerakan Dalam Rumah Justin Bieber

15:48:00

Dadah Berselerakan Dalam Rumah Justin Bieber

Sekumpulan pegawai polis dan detektif yang dikerah menyerbu kediaman Justin Bieber berkaitan insiden baling telur dilakukan penyanyi remaja itu ke rumah jirannya dikejutkan dengan penemuan dadah dan barang-barang terlarang berselerakan di rumahnya.
Portal antarabangsa TMZ melaporkan terdapat dua buah balang dipenuhi ganja telah ditemui di rumah Bieber selain penemuan lima botol kosong codeine dan bekas minuman Fanta yang digunakan untuk mencampur dadah ke dalam minuman.
Bagaimanapun semasa serbuan itu dibuat, Bieber tidak ditangkap sebaliknya polis bertindak menahan kawan baiknya, Lil Za yang dipercayai memiliki dadah jenis ekstasi (MDMA).
Dadah Berselerakan Dalam Rumah Justin Bieber
Foto kediaman Justin Bieber di Calabasas, California yang diserbu polis
Difahamkan, tiada sebarang penahanan dibuat ke atas Bieber pada waktu itu kerana ianya melanggar tujuan utama polis menyerbu rumah penyanyi berkenaan.
Waran yang diperintahkan hanya sah untuk satu objektif sahaja iaitu untuk mencari peralatan video dan rakaman cctv yang boleh dijadikan bukti kepada isu baling telur tersebut.
Namun, Bieber kini masih di dalam siasatan pihak berkuasa setelah didakwa membaling telur mentah ke pintu kediaman jirannya dua minggu lepas dan menyebabkan kerosakan sebanyak US$20,000.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer