Breaking News
Loading...
Wednesday 22 January 2014

Syura Dilantik Duta Jenama UNITAR

21:17:00

Syura Dilantik Duta Jenama UNITAR

Keinginan juara Masterchef Selebriti Musim Kedua ini untuk mendalami bidang kulinari telah menjadi pendorong utama dirinya menyambung pengajian dalam bidang Diploma in Culinary Arts.

Baru-baru ini, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron telah mendaftar di UNITAR International University bagi mengasah bakatnya dalam bidang tersebut.
Syura Dilantik Duta Jenama UNITARSyura menerima apron yang ditempah khas untuknya selaku duta jenama UNITAR International University
Penyanyi yang berusia 27 tahun ini yakin bahawa dirinya mampu mengimbangi masa antara kariernya sebagai Chef Selebriti, pelajaran dan juga bidang nyanyian.
“Walaupun Syura sedikit menyepi daripada industri hiburan kerana menguruskan rumahtangga, industri hiburan tanah air ibarat isi dengan kuku dalam jiwa Syura. Tahun 2014 akan menyaksikan Syura kembali dengan lagu-lagu terbaru.”
Syura bakal muncul dengan 2 single terbaru iaitu ‘Gantung’ yang digubah oleh Edry KRU dan ‘Ajari Aku Cinta’ yang merupakan hasil koloborasi bersama Jojoe One Nation Emcees.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer