Breaking News
Loading...
Tuesday 28 January 2014

Amah Indonesia Didera Di Hong Kong

07:42:00
Amah Indonesia Didera Di Hong Kong

JAKARTA : Seorang amah warga Indonesia, Erwiana Sulistyaningsih, 22, mengalami kecederaan serius dan tidak mampu berjalan selepas lapan bulan didera dan dijadikan hamba oleh majikannya di Hong Kong.

Dia dimasukkan ke hospital di Indonesia selepas kembali ke negaranya minggu lepas.

Menurut Erwiana, dia bukan sahaja dipaksa tidur di atas lantai malah terpaksa bekerja selama 21 jam dan hanya diberi makan semangkuk nasi setiap hari.

Dia juga sering dipukul tanpa sebab hinggakan pada minggu-minggu terakhir di Hong Kong, lukanya berdarah dengan banyak.

Keadaan ini mengakibatkan majikannya mengamuk kerana permaidaninya dipenuhi kesan darah.

“Majikan saya tidak membawa saya menemui doktor sebaliknya dia hanya membalut luka itu dengan pembalut dan beg plastik, namun darah tetap mengalir juga,’’ katanya.

Akhirnya selepas luka itu menjadi semakin teruk hinggakan dia tidak dapat bekerja, majikan Erwiana kemudiannya membeli tiket kapal terbang dan memberinya wang sebanyak RM30 sebelum meninggalkannya di Lapangan Terbang Hong Kong.

“Wanita itu memberitahu saya bahawa dia mengenali ramai orang di Indonesia dan jika saya membocorkan perkara ini maka dia akan mengarahkan ibu bapa saya supaya dibunuh,’’ kata Erwiana.
Dalam pada itu,pakar perubatan di Hospital Islam Amel Sehat berkata, Erwiana mengalami bengkak otak akibat pukul berulang kali di kepala.

Selain itu, gigi dan hidungnya patah manakala tangan dan kakinya bengkak selain jangkitan di bahagian kulit kerana luka yang tidak dirawat.

Sementara itu, berita mengenai penderaan Erwiana itu telah mencetuskan kemarahan pembantu rumah warga Indonesia di Hong Kong hingga menyebabkan mereka mengadakan protes.

Rapat umum yang disertai pembantu rumah, aktivis dan kumpulan pendatang itu berarak di kawasan komesial di Wanchai bagi menuntut keadilan ke atas Erwiana. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer