Breaking News
Loading...
Sunday 19 January 2014

Aeril Zafrel Tak Mahu MIG Ganggu Keluarganya

23:58:00
Aeril Zafrel Tak Mahu MIG Ganggu Keluarganya
SEBELUM ini, David Teo menyatakan dia akan memanggil Wawa Zainal bagi menyelesaikan kemelut berhubung kontraknya yang masih berbaki setahun lagi.

Menurutnya, pelakon itu masih lagi berada di bawah tanggungjawab Metrowealth International Group (MIG) sehingga tamat kontrak.

Bagaimanapun, kenyataan penerbit itu dibangkang oleh suami Wawa, Aeril Zafrel yang secara tegasnya meminta syarikat itu untuk tidak mengganggu mereka.

“Dua bulan lalu, Wawa telah menghantar surat untuk berhenti kerja, namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak MIG.

“Saya sendiri tidak tahu kenapa dia masih memerlukan Wawa sedangkan banyak lagi artis residen lain yang perlu dijaga.

“Sudah-sudahlah mengganggu kami sekeluarga. Kami hanya mahukan privasi dan Wawa tidak pernah lari seperti yang didakwa. Lagipun, tiada sebarang projek atau promosi filem yang melibatkan Wawa di bawah syarikat itu setakat ini,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Ujarnya lagi, Wawa akan bekerja dengan izinnya sahaja dan dia kini hanya terlibat dengan karya terbitan syarikatnya bersama rakan kongsi, Expected Citizen Sdn Bhd.

“Namun, jika ada tawaran dari luar, Wawa akan meminta keizinan saya terlebih dahulu. Saya tiada masalah sekiranya ia sesuai dengan Wawa.

“Untuk bersama MIG, saya tiada masalah, namun Wawa sendiri yang tidak mahu lagi. Malah, dia tidak merasakan MIG sebagai majikannya lagi. Ia adalah keputusan Wawa sendiri,”jelasnya.

Bagi kami, perkara ini memang agak sukar untuk diselesaikan jika tiada tolak-ansur antara kedua-dua belah pihak.

Iyalah, Aeril boleh bangkitkan haknya sebagai seorang suami, tetapi David juga menyatakan haknya melalui kontrak yang sudah ditandatangani Wawa.

Jalan terbaik, bersemuka dan bincang elok-elok ya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer