Breaking News
Loading...
Monday 30 December 2013

Jadi Janda Pada Malam Pertama

22:57:00
Jadi Janda Pada Malam Pertama

MADINAH : Sejurus sebelum pulang buat pertama kali ke rumah suaminya selepas bernikah, seorang pengantin perempuan diceraikan, gara-gara masalah yang ditimbulkan oleh keluarganya di majlis perkahwinan mereka.

Lelaki yang menceraikan isterinya itu adalah seorang daripada dua pengantin di majlis berkenaan. Adiknya juga berkahwin pada hari yang sama.

Kedua-dua beradik itu yang berkahwin dengan wanita dari dua keluarga berlainan sedang bersiap sedia untuk meninggalkan majlis itu dan berlepas pulang ke kediaman mereka apabila pertelingkahan tercetus antara dua keluarga itu mengenai kedudukan pengantin di meja makan majlis perkahwinan itu.

Keluarga pengantin perempuan yang diceraikan itu menghalang seorang lagi pengantin perempuan menduduki meja berkenaan kerana mendakwa dia tidak menyumbang pada kosmeja berkenaan.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila keluarga pengantin yang diceraikan itu berbisik kepada penyanyi di majlis berkenaan supaya memalukan pengantin perempuan yang lain dengan mengecopnya sebagai kedekut.

Apabila mengetahui mengenai pertelingkahan itu, kedua-dua pengantin lelaki cuba campur tangan.
Si abang menegur isterinya kerana sikap keluarganya.

Bagaimanapun, si isteri enggan menyalahkan keluarganya.

Ini menyebabkan pengantin lelaki itu hilang sabar dan menceraikan isteri yang baru dinikahnya di situ juga.

Tetamu yang terkejut dengan tindakan itu cuba menyelamatkan keadaan tetapi usaha mereka sia-sia. – paapaada.blogspot

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer