Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

Lembu Kaki Lima Bantu Dapat Anak Lelaki

23:25:00
Lembu Kaki Lima Bantu Dapat Anak Lelaki

HANYA kerana percaya seekor lembu berkaki lima mampu membantu mereka mendapatkan anak lelaki, puluhan wanita sanggup berkumpul di rumah seorang petani, Raj Pratap di India.

Caranya mudah iaitu dengan menyentuh kuku kaki kelima yang kelihatan bergantungan di badan lembu itu.

Menurut Raj, ramai yang telah berjaya mendapat anak lelaki dengan melakukan amalan yang boleh disifatkan sebagai karut oleh kebanyakan orang.

Dia turut mendakwa, lebih 30 wanita telah melahirkan anak lelaki selepas menyentuh lembu itu.

Bagaimanapun, setiap daripada mereka perlu membayar kira-kira RM27 untuk sekali sentuhan. Petani itu juga sanggup memulangkan bayaran sekiranya ia tidak berhasil.

Hai, macam-macam cara untuk dapatkan duit zaman sekarang… – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer