Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

Wanita Cerai Suami, Tak Makan Guna Garpu

22:27:00
Wanita Cerai Suami, Tak Makan Guna Garpu

KUWAIT : Baru seminggu berkahwin namun seorang wanita telah mengemukakan tuntutan cerai selepas mendapati suaminya makan kacang dengan roti, bukan menggunakan garpu.

Wanita itu memberi alasan, dia menjadi trauma selepas mengetahui mengenai perkara itu dan tidak dapat hidup dengan lelaki berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak beretika.

Perkara itu dikesan berlaku selepas kajian dijalankan bagi mengetahui kenapa purata 18 kes perceraian dilaporkan berlaku setiap hari di Kuwait.

Kajian itu dijalankan oleh seorang peguam, Hawra al-Habib berdasarkan kepada 6,672 kes cerai yang dilaporkan tahun lepas.

Salah satu punca perceraian adalah kerana kegagalan menerima pasangan seadanya.

“Amalan tradisi di mana pasangan hanya bertemu selepas berkahwin telah berakhir.

Kahwin yang diatur oleh keluarga ini menyebabkan pasangan itu tidak mempunyai masa untuk mengenali satu sama lain,’’ kata Hawra.

Dalam sesetengah kes pula, katanya wanita berkahwin hanya untuk kepentingan kewangan.

Mereka akan bercerai selepas itu dan meminta bekas pasangan menyediakan rumah, pembantu rumah serta bayaran alimoni kepada dia dan anak-anaknya. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer