Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

8 Bayi Maut Selepas Diberi Suntikan Vaksin

00:27:00
8 Bayi Maut Selepas Diberi Suntikan Vaksin

CHINA : Bilangan bayi yang meninggal selepas mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B telah meningkat kepada lapan orang, lapor agensi berita Xinhua.

Seorang bayi baru lahir meninggal di hospital pada Isnin lalu di daerah Sinchuan selepas diberikan suntikan vaksin pada tengah hari, Ahad lalu.

Pakar kesihatan China sedang meneliti kes bayi-bayi tersebut yang meninggal selepas menerima vaksin daripada program imunisasi kerajaan.

Penyiasat telah dihantar ke syarikat yang menghasilkan vaksin tersebut.

Empat bayi dilaporkan meninggal di selatan daerah Guandong, walaupun salah seorang daripadanya dikatakan meninggal kerana radang paru-paru, lapor agensi berita Associated Press (AP).

Sementara itu, Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Kesihatan Kebangsaan melaporkan, dua bayi di daerah Hunan dan seorang lagi dari Sinchuan turut meninggal dengan cara yang sama.

Seorang lagi bayi di Meishan City meninggal pada Isnin selepas menerima suntikan vaksin daripada syarikat yang berbeza kurang 24 jam, lapor Xinhua. – Informasi Dot My

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer