Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

Aiman Hakim Redza Buat Masalah Lagi?

15:19:00



Sejak Aiman Hakim Redza mula dikenali menerusi drama bersiri Vanilla Coklat, pernah juga beberapa kali dirinya dikaitkan dengan kontroversi melibatkan masalah disiplin. Namun semuanya dinafikan.
Terbaru, Aiman sekali lagi dikhabarkan buat perangai apabila pelakon yang digosipkan bercinta dengan Nur Fathia ini dipercayai menarik diri dari menyertai perlawanan amal bola sepak antara Malaysian Artist Sports Club (MASC) dengan pasukan Lavester di Sabah.
Menurut sumber-sumber terapat, ahli-ahli MASC yang mengambil bahagian sepatutnya berlepas ke Labuan pagi tadi namun kelibat Aiman dikatakan langsung tidak kelihatan.
Malah panggilan telefon yang dibuat beberapa kali juga tidak diangkat sebelum pengurusnya menjawab dengan memberitahu bahawa Aiman tidak mahu pergi.
Aiman Hakim Redza Buat Masalah Lagi?
Ada 15 orang artis pergi, banyak nama besar. Tapi dia yang tak seberapa ni buat hal. Bagi jawapan tak nak pergi. Bukan dia jawab pulak tu, tapi suruh PA yang jawabkan. Kalau tak nak pergi bagitaulah awal-awal.
Alasan tersebut dianggap tidak masuk akal dan disifatkan sebagai biadab oleh sumber berkenaan memandangkan tiket kapal terbang dan penginapan sudah disediakan selain pelbagai promosi telah dibuat.
Lebih merisaukan sekiranya peminat dan penganjur perlawanan amal ini menganggap MASC tidak seriusapabila artis yang dijanjikan tidak hadir.
Untuk pengetahuan anda, peseramai 15 orang selebriti popular termasuklah Danny X-Factor, Fahrin Ahmad dan Kazar akan bertarung menentang pemain-pemain Sabah pada jam 8.30 malam ini di Padang Perbadanan Labuan.

ohbulan

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer