Breaking News
Loading...
Monday 30 December 2013

Kanak-Kanak Koma Jatuh Di Pesta Sungai Nibong

17:51:00
Kanak Kanak Koma Jatuh Di Pesta Sungai Nibong

GEORGETOWN : Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun koma selepas terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata mangsa, Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada pukul 12.50 tengah malam.

Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer