Breaking News
Loading...
Monday 30 December 2013

Nabila Huda Berazam Mahu Berahsia Kisah Cinta

17:37:00
Nabila Huda Berazam Mahu Berahsia Kisah Cinta

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014.

Pastinya ramai yang sudah memasang pelbagai azam yang mahu dilaksanakan sepanjang 2014.

Pelakon Nabila Huda Suhaimi juga tidak terkecuali memasang azam barunya yang enggan lagi bersikap terbuka dengan berkongsi kisah cintanya kepada umum.

Memetik laporan Metro Ahad, Nabila atau Abil berkata, “sebelum ini saya senang berkongsi cerita tetapi ramai mengambil kesempatan atas kejujuran itu. Kali ini saya mahu jadi perahsia. Ada yang boleh saya kongsi dan ada yang saya harus simpan”.

“Sudah tiba masanya untuk saya membataskan perkara yang boleh diketahui umum dan peribadi perlu disembunyikan. Seronok juga jadi perahsia. Semua orang tertanya-tanya dan ingin mencari jawapan,” katanya yang kini dikatakan sedang menganyam cinta dengan seorang pemain bola sepak.

Sebelum ini, Abil tidak pernah berahsia mengenai hal peribadinya, antaranya mendedahkandia pernah bercinta dengan pelakon Nas-T.

Sementara itu, anak rockers Amy Search ini juga menyatakan dia akan memperlahankan aktiviti seninya demi memberi tumpuan kepada puteri kesayangannya, Keisha Laila, 4, yang akan memasuki alam pra-sekolah tahun depan.

“Tahun depan dia (Keisha) mula sekolah dan saya akan kurangkan berlakon kerana perlu menghantar dan mengambilnya dari sekolah,” ujarnya lagi. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer