Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

Micheal Schumacher Berada Dalam Keadaan Kritikal, Koma Kemalangan Ski

15:10:00
Micheal Schumacher Berada Dalam Keadaan Kritikal, Koma Kemalangan Ski

LEGENDAFormula 1, Michael Schumacher berjuang untuk hidup selepas mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ski di Perancis.

Michael Schumacher yang kini berusia 44 tahun kini koma dan berada dalam rawatan diHospital Mountain Gendarmerie, Perancis.

Schumacher memakai topi keselamatan ketika kemalangan tersebut dan dia tidak berseorangan seperti yang diulas manager beliau, Sabine Kehm.

Apapun pihaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang keadaan Schumacher ketika inidan berharapkan orang ramai mendoakan keselamatan jaguh Formula 1 itu.

Schumacher bersara dari dunia Formula 1 pada tahun 2006 selepas menjuarai 5 kejuaraan dunia berturut-turut bersama Ferrari dan 2 kejuaraan dunia sebelumnya bersama Benetton.

Selepas berehat selama 4 tahun, Schumacher kembali beraksi dalam sukan kegemarannya itu pada tahun 2010 bersama pasukan Mercedes namun kembali bersara semula tahun lalu selepas tidak berjaya bersama pasukan barunya itu. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer