Breaking News
Loading...
Monday 30 December 2013

Johan ‘Artis Hinggap’, Guna Cinta Untuk Populariti?

23:14:00



‘Artis hinggap’, mungkin itulah gelaran yang paling sesuai ditujukan pada artis yang bercinta hanya untuk populariti. Selepas ‘hinggap’ sebentar dan digosipkan bercinta, kemudian artis ini putus dan ‘hinggap’ pula pada artis lain. Macam lalat pun ada, kan?
Umum tahu, sekitar penghujung bulan November yang lepas, Johan secara terang mengakui sedang bercinta dengan Lana Nordin dan berhasrat untuk memperisterikannya selepas tiga hari berkenalan secara dekat.
Pengakuan Johan ini bukan saja mengejutkan para peminat, lebih menyedihkan, Johan secara tidak langsung mengecewakan Shila Amzah yang pada ketika itu sedang hangat digosipkan bercinta dengannya.



Dan seperti yang sudah dijangka, namun sedikit cepat dari yang disangkakan, Johan As’ari menerusi sebuah akhbar tempatan semalam mengumumkan bahawa dia dan Lana Nordin sudah pun putus cinta.
Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana. – dipetik dari Berita Harian
Kami percaya ramai yang terkejut, dan ya, ramai juga yang sedang tersenyum sinis dengan berita ini.
Pernah mengecewakan Izreen Azminda suatu ketika dahulu, Johan kemudiannya digosipkan pula dengan pelakon popular, Nabila Huda. Namun hubungan mereka berhenti ditengah jalan dimana Johan memutuskan untuk fokus pada kariernya dahulu.
Johan Artis Hinggap, Guna Cinta Untuk Populariti?
Shila dikatakan kecewa selepas mengetahui hubungan cinta Johan & Lana
Jika pada Shila Amzah, Izreen Azminda dan juga Nabila Huda, Johan menafikan dakwaan dirinya bercinta dengan mereka dan mengakui hanya berkawan sahaja, lain pula pada isu kali ini.
Johan menerusi laporan yang sama menjelaskan bahawa keputusan yang diambil adalah disebabkan restu keluarganya.
Syurga dibawah telapak kaki ibu saya, jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga, saya anak derhaka. – dipetik dari Berita Harian
Nampaknya, selepas habis semua populariti artis-artis ini ‘disedut’, siapa lagi yang bakal digosipkan dengan Johan selepas ini?

ohbulan


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer