Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

Foto : Isteri Aaron Semakin Manis Selepas Bertudung

09:17:00

Foto : Isteri Aaron Semakin Manis Selepas Bertudung

Lebih kurang seminggu yang lalu, Aaron Aziz pernah berkongsi rasa gembiranya saat isteri tercinta mengambil keputusan untuk berhijrah dan menutup aurat.
Difahamkan, keputusan isterinya, Diyana Halik telah dibuat sebaik sahaja mereka sekeluarga pulang dari bercuti di Hong Kong baru-baru ini.
Tambahan lagi, tindakan Aaron yang sering bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hati isterinya untuk berubah ke arah kebaikan.
Foto : Isteri Aaron Semakin Manis Selepas Bertudung
Jika sebelum ini Diyana pernah mengatakan belum berkesempatan menyempurnakan imej muslimahnya dek kekurangan tudung, namun ibu kepada tiga orang anak ini dilihat sudah mula membeli tudung-tudung baru untuk dipakainya.
Meskipun hanya bergelar isteri dan pengurus kepada Aaron, namun Diyana sering menjadi perhatian peminat kerana gaya personalitinya yang tersendiri.
Malah, imej bertudung yang dikenakan langsung tidak mencacatkan penampilannya bahkan Diyana kelihatan lebih muda daripada biasa.
Dalam pada itu, OHBULAN! percaya pasti Aaron cukup berbangga dengan perubahan Diyana. Mana tidaknya, kebaikan yang dibuat Diyana sedikit sebanyak memberi kesan positif di dalam hidup dan kerjaya suaminya, betul tak?
Apapun, di bawah ini disertakan beberapa keping foto terbaru Diyana yang semakin manis selepas berhijab.
Screen Shot 2013-12-30 at 22.10.10

Screen Shot 2013-12-30 at 22.07.42

Screen Shot 2013-12-30 at 22.04.28

Screen Shot 2013-12-30 at 22.05.41

Screen Shot 2013-12-30 at 22.05.58

Screen Shot 2013-12-30 at 22.06.48

Screen Shot 2013-12-30 at 22.07.06

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer