Breaking News
Loading...
Tuesday 31 December 2013

Mamat Tak Main-Main Dengan Cinta Terbaru

01:52:00
Mamat Tak Main Main Dengan Cinta Terbaru

Sebelum ini, jika diperhatikan, nama Mamat sering kali mencetuskan kontroversi jika dibandingkan dengan dua lagi rakannya dalam kumpulan lawak Sepah.

Atas alasan itu juga, Mamat didakwa telah ‘ditendang’ keluar daripada Sepah oleh Jep dan Shuib.

Bermula dengan kontroversi cintanya dengan penyanyi bertudung, Fida Ibrahim dan kemudian dengan adik Rody Kristal iaitu Adda daripada kumpulan Butterfly.

Namun, kedua-dua hubungannya itu tidak kesampaian dan putus di tengah jalan.

Kini, Mamat yang kembali bernafas dalam dunia hiburan dengan menjadi penyampai radio di saluran Ultra FM mengakui kini dia lebih serius dengan cinta terbarunya.

Seperti yang diketahui, Mamat kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang penuntut MSU Shah Alam, Nurul Syafiqah.

“Alhamdulilah, benda yang baik buat apa saya nak sembunyi, lama-kelamaan orang akan tahu juga. Buat masa sekarang saya masih menunggu dia habis belajar dahlu, mungkin selepas itu barulah kami akan bertunang,” ujarnya yang dipetik menerusi akhbar mingguan, semalam.

Semoga kerjaya dan kisah cinta Mamat selepas ini berjalan mekar berkembang seiringan hendaknya. – MyNewsHub
Mamat Tak Main Main Dengan Cinta Terbaru

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer