Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Anjing Mati TERGANTUNG Depan Pintu Lif!

16:16:00
Anjing Mati TERGANTUNG Depan Pintu Lif!

KEJADIAN ini berlaku pukul 6.30 pagi kelmarin di Blik 621, Flat Bukit Batok, Singapura.

Ini kisah yang diceritakan oleh saksi yang melihat kejadian tersebut.

” Pemilik anjing itu mahu naik ke rumahnya selepas membawa anjingnya berjalan-jalan. Dia kemudian masuk ke dalam lif dengan tali yang mengikat anjing kesayangannya itu digenggamannya.

” Ketika dia masuk ke dalam lif tersebut, dia masih memegang tali berkenaan. Pintu lif kemudiannya tertutup sedangkan anjing kesayangannya itu masih di luar.

” Kejadian berlaku begitu pantas, pemilik anjing tersebut tak sempat nak berbuat apa-apa. Lif itu kemudiannya bergerak naik ke tingkat tiga.

” Beberapa minit kemudian satu pasukan penyelamat tiba tetapi sudah terlambat kerana anjing itu didapati telah mati tergantung di depan pintu lif lobi flat tersebut,” katanya.

Inilah yang dikatakan malang tidak berbau… – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer