Breaking News
Loading...
Wednesday 22 January 2014

Man Kidal Iringi Persembahan HANDS Percussion Di IB

00:05:00

Man Kidal Iringi Persembahan HANDS Percussion Di IB


Nama dan kebolehan Man Kidal sememangnya sudah diketahui umum dan tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak melibatkan diri dalam bidang muzik bersama kumpulan Lefthanded, Man Kidal semakin meniti populariti baik bersama kumpulannya mahupun secara solo.
Terbaru, pemain gitar lagenda ini akan bekerjasama dengan sebuah kumpulan pemuzik dikenali sebagai HANDS Percussion menerusi persembahan The Next 2014 di Istana Budaya.
Kesudian Man Kidal mengiringi persembahan ini dijangka mampu mencipta satu anjakan paradigma kepada mental dan spiritual ahli-ahli HANDS agar terus berusaha menjadi pemuzik handal.
Bagi yang tertanya-tanya, The Next 2014 mempamerkan asimilasi muzik dan seni tari dalam sebuah persembahan yang pada asalnya dipentaskan sebagai persembahan ulangtahun ke-15 penubuhan Hands Percussion.
Bahagian pertama The Next 2014 basal menyaksikan kemunculan seorang penyanyi dari Taiwan, Sangpuy Katatepan Mavaliyw bagi memeriahkan lagi persembahan pada malam itu nanti.
Man Kidal Iringi Persembahan HANDS Percussion Di IB
Manakala bahagian kedua pula akan diserikan dengan tema futuristik di mana pemuzik-pemuzik HANDS akan menggunakan pelbagai alatan perkusi yang berbeza bagi mewujudkan satu pengalaman baru dalam persembahan muzik teater.
Untuk pengetahuan anda, The Next 2014 akan berlangsung selama tiga hari di Panggung Sari, Istana Budaya bermula dari 21 hingga 23 Februari 2014.
Harga tiket boleh didapati dengan serendah RM48, RM68, RM98, RM128, RM158, RM208 dan RM258. Namun potongan sebanyak 20% untuk pelanggan awal (Early Bird) dan 10% untuk Ahli Kelab HANDS turut disediakan.
Tiket kini sudah mula dijual di Box Office Istana Budaya dan laman web Ticket2u.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer