Breaking News
Loading...
Sunday 26 January 2014

Sengat Terpacak Di Muka Isteri

20:18:00
Sengat Terpacak Di Muka Isteri

Seremban : “Melihat keadaan mulut isteri berbuih, saya jadi begitu takut dan hanya mampu berdoa agar dia selamat. Apakan daya, Allah lebih menyayanginya,” kata Jamil Omar, 62, yang kematian isterinya, Norli Bahari, 47, akibat disengat lebah ketika bekerja di sebuah kelab golf di Mantin dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 2.45 petang ketika Jamil dan Norli bekerja di kelab itu, masing-masing sebagai petugas di kolam renang dan pekerja bahagian keceriaan.

Difahamkan, mangsa disengat serangga berbisa itu ketika menaiki buggy menuju ke lobi selepas membuang sampah.

Norli yang disengat di muka, leher dan badan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Mantin jam 3.30 petang.

Menurut Jamil, isterinya yang empat tahun bekerja di kelab itu, masuk bekerja jam 12.30 tengah hari manakala dia pada jam 9 pagi sebelum menyaksikan kejadian tidak diduga itu berlaku. – Metro

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer