Breaking News
Loading...
Thursday 23 January 2014

Ramalan AJL 28 : Hafiz Suip Bakal Gondol Trofi Juara?

07:10:00

Ramalan AJL 28 : Hafiz Suip Bakal Gondol Trofi Juara?

Seperti tahun-tahun sebelumnya, asti tidak akan terlepas dari memberikan keputusan ramalan untuk majlis-majlis anugerah yang terpilih.
Dan kali ini, seiring dengan debaran Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini, team OHBULAN! telah memilih beberapa orang calon penyanyi yang diramal akan memenangi anugerah-anugerah yang akan dipertandingkan di AJL nanti.
Selepas 4 kali menjadi finalis untuk AJL 24 – 27, bintang yang dilahirkan menerusi program realiti Akademi Fantasia ini sekali lagi tercalon untuk AJL ke 28, kali kelima berturut-turut. Bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia, Hafiz sememangnya seorang penyanyi yang mempunyai bakat dan suara yang lunak.
Ini terbukti apabila penyanyi yang bakal menginjak usia 24 tahun ini telah merangkul trofi Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu selama 3 tahun berturut-turut. Kami pasti anda masih ingat lagi dengan lagu Noktah Cinta, Awan Nano dan juga Ombak Rindu kan?
Bukan setakat itu, pada tahun lepas, Hafiz juga berjaya merangkul trofi Penyanyi Lelaki Paling Popular (ABPBH 2012), Artis Serantau Paling Popular (APM 2013), dan juga Power Vocal Award (Shout! Awards 2013). Fuhh.
Untuk AJL 28, Hafiz akan turun mempertandingkan lagunya yang berjudul Bahagiamu Deritaku yang kini sering dimainkan di corong-corong radio tempatan. Lihat saja pada pencapaiannya yang lalu, kami pasti anda sendiri pun akan menjangka perkara yang sama.
Namun, ramalan hanyalah sekadar ramalan. Dibawah adalah keputusan ramalan AJL 28:
Juara Lagu Ke 28
Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz
Naib Juara Lagu Ke 28
Hanya Aku oleh Hyper Ac
Tempat Ketiga Juara Lagu 28
Takkan Terpisah oleh Black
Vokal Terbaik
Bahagiamu Deritaku oleh Hafiz
Persembahan Terbaik
Kau Yang Terindah oleh Alyah

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer