Breaking News
Loading...
Tuesday 28 January 2014

Program Eksklusif Perkenal Anak Farid Tak Menjadi

18:08:00
Program Eksklusif Perkenal Anak Farid Tak Menjadi

RASANYA sudah beberapa kali cerita mengenai program eksklusif yang bakal memperkenalkan anak sulung Farid Kamil dan Diana Danielle diperkatakan di dada akhbar dan portal hiburan.

Jika diikutkan, program tersebut turut menayangkan majlis akikah dan khatam Al-Quran oleh Diana.
Namun, setiap kali ditanya, Farid berkata mereka masih menunggu waktu yang sesuai kerana tidak mahu isterinya terburu-buru menghabiskan juzuk Al-Quran.

Bagaimanapun, menerusi Berita Harian hari ini, program yang sepatutnya melibatkan kerjasama Astro dan Metrowealth tidak akan menjadi kenyataan.

“Sepatutnya program ini diusahakan tahu lalu, tetapi apabila kita bertanya kepada Farid, beliau meminta program ini ditangguhkan kerana mahu anak lelakinya itu besar sedikit.

“Ketika itu beliau memberikan tempoh lima bulan. Disebabkan sudah melepasi tarikh tempoh yang ditetapkan Astro, program itu tidak jadi diterbitkan,” jelas David Teo.

Tak mengapalah. Rasanya tanpa program eksklusif seperti itu pun, Farid dan Diana masih boleh memperkenalkan nama penuh Muhammad, betul tak?

Kepada peminat, tak perlu gusar kerana sekarang gambar bayi mereka boleh ditatap di laman Instagram. – My Artis

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer