Breaking News
Loading...
Thursday 23 January 2014

Anak Adzriefaiz Sakit Kronik, Perlu RM1 Juta

14:04:00
Anak Adzriefaiz Sakit Kronik, Perlu RM1 Juta

Kalau yang rajin menonton program santai Makan Angin, pastinya anda mengenali hosnya, Adriefaiz Adzlan yang sememangnya berjaya mengacarakan rancangan itu dengan gayanya yang tersendiri.

Namun, baru-baru ini dikhabarkan anaknya, Adra Afieya menghidap penyakit hati kronik yang memerlukan pembedahan dilakukan dengan kadar segera di sebuah pusat perubatan di Singapura.

Kos bagi pembedahan anak sulungnya itu juga dikatakan mencecah RM1 juta.

Menurut sumber blog Proudduck, hati Adra gagal berfungsi dan memerlukan penderma untuk meneruskan kelangsungan hidupnya.

Kesiannya Adra, hati ibu bapa mana yang tidak sedih bila melihat si comel dalam keadaan sengsara seperti itu bukan.

Jadi, buat yang ingin menghulurkan sumbangan buat Adriefaiz, di bawah ini penulis sertakan maklumat mengenainya.

Diharapkan dengan sumbangan ikhlas anda itu dapat menyembuhkan adik Adra dan kembali ceria seperti bayi-bayi lain di luar sana. Mudah-mudahan.

Adzriefaiz Adzlan
5622-2732-7760
Maybank

- MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer