Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Filem Penculikan Amar Affendi

15:23:00

sein hussein - penculikan amar affendi

Tahniah buat Sein atau nama sebenarnya Syed Hussien Syed Mustafa kerana berjaya mengorak langkah dalam bidang pengarahan dan bakal menghasilkan filem terbaru bertajuk Penculikan Amar Affendi.
Kata Sein, skrip filem ini dihasilkan olehnya sejak enam tahun lalu yang ketika itu dia sedang menuntut di United Kingdom dan baru sekarang ia akan direalisasikan.
Sein juga mengakui, banyak cabaran yang dilalui untuk menyempurnakan filem ini.
Filem ini bakal menampilkan pelakon seperti Maya Karin, Zain Hamid, Aqasha, Nam Ron, Ramli Hassan dan Sofi Jikan.
Ujar Sein lagi, filem ini tidak hanya semata-mata kepada kes penculikan tetapi banyak elemen lain yang diketengahkan seperti peranan Unit Khas.
Dalam filem ini, akan didedahkan bagaimana ketangkasan dan strategi mereka berdepan dengan kumpulan pengganas dan ia berlainan berbanding filem lain.
Filem ini merupakan terbitan syarikat milik Sein, Camwerk Studios dengan kerjasama KRU Studios. Dikatakan juga kos menghasilkan filem ini sebanyak RM 2.5 Juta.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer