Breaking News
Loading...
Tuesday 28 January 2014

Kisah Tukang Paip Yang 37 Tahun TAK LEPAS SOLAT Di Masjid Nabawi

07:42:00
Kisah Tukang Paip Yang 37 Tahun TAK LEPAS SOLAT Di Masjid Nabawi

Lelaki Afghanistan ini tidak pernah terlepas bersolat di Masjid Nabawi selama 37 tahun.

Haji Muhammad menjadi popular di Madinah kerana satu perempat usia beliau selalu muncul di TV Arab Saudi memakai serban hitam yang sama sambil berdiri di sebelah kanan di barisan pertama di belakang imam .

Beliau memberitahu media (Makkah daily) bahawa dia tiba di di Arab Saudi semasa beliau berumor 19 tahun.

Beliau bekerja sebagai tukang paip selama 37 tahun dan hanya pernah pulang sekali saja ke Afghanistan.

Beliau berkata : “Saya selalu memastikan saya melaksanakan semua solat lima waktu di Masjid Nabawi dari saya remaja lagi.

“Saya suka mengembalikan al-Quran dari jemah yang di letak di merata tempat dalam masjid dan meletakkan mereka kembali ke dalam almari nya”.

Haji Muhammad telah membuat banyak kawan dengan jemaah-jemaah dari luar negara yang kagum dengan beliau kerana setia dalam melaksanakan semua solat di masjid dan di tempat yang sama .

Sebahagian daripada jemaah kerap melihat dia memakai serban hitam yang sama di tempat yang sama setiap tahun mereka melawat Madinah.

“Apabila saya bekerja untuk penaja saya, saya memberitahu beliau dari awal bahawa saya tidak mahu terlepas apa-apa solat di masjid dan di bulan Ramadhan saya tidak akan berkerja kerana saya akan berada di dalam masjid sepanjang masa, ” katanya. Hj Muhammad ada dua isteri dan 12 anak. (www.saudigazette.com.sa)

NOTA: Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu ‘alaihi Wasallam telah bersabda “Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1,000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram.” – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer