Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Isu Cium : Zizan & Emma Larikan Diri?

15:23:00

Isu Cium : Zizan & Emma Larikan Diri?

Dalam pada pasangan ini sibuk menafikan dan cuba mengelak setiap kali diajukan pertanyaan tentang kesahihan hubungan cinta mereka, timbul pula gosip baru yang mengatakan Zizan dan Emma bercium di dalam kapal terbang.
Khabarnya, kedua-dua pelakon ini melakukan aksi berani tersebut sewaktu dalam perjalanan ke Los Angeles, Amerika Syarikat tempoh hari.
Menerusi portal Utusan Online, akhbar berkenaan melaporkan mereka duduk bersebelahan dan dipercayai Zizan tanpa segan silu telah mencium pipi Emma sambil diperhatikan oleh beberapa pasang mata di dalam kapal terbang tersebut.
Persoalannya kini, betulkah Zizan sebegitu ‘bijak’ untuk berbuat demikian dan sejauh mana pula hubungan mereka sekiranya apa yang disaksikan oleh kebanyakan penumpang adalah benar?

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer