Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

AJL28 Dengan Tema Game On

12:33:00

AJL28- game on

Anugerah Juara Lagu ( AJL ) bagi tahun ini memperkenalkan konsep baru bertemakan Game On. Tema Game On ini akan direalisasikan menerusi grafik dan susunan Imej bersama persembahan 12 finalis yang akan bersaing pada malam anugerah itu nanti.
Ujar Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Mohamed Nordin, tema ini menarik untuk dilaksanakan dan mencabar kreativiti finalis agar lebih berimaginasi. Dan rasanya tiada masalah untuk finalis mengikut tema tersebut.
Kata Sherina, tiada juri jemputan dari luar yang akan mengadili malam anugerah itu nanti kerana pihaknya tidak merancang untuk menjemput juri luar seperti yang pernah dilakukan pada tahun lepas.
AJL 28 ini juga akan menampilkan pengacara utama iaitu Scha Al-Yahya dan AG. Pemilihan mereka kerana mereka berdua telah mengendalikan Muzik Muzik dengan berjaya, malah keduanya selesa bersama ketika mengacara.
Persembahan pembukaan bagi AJL kali ini akan membawa konsep battle vocal dan tarian oleh Shila Amzah dan Mus May. Bagi segmen interlude akan mengetengahkan muzik hip hop yang bergandingan dengan penyanyi , Datuk M. Daud Kilau, Ziana Zain, Ahli Fiqir, One Nation Emcees dan W.A.R.I.S.
AJL28 akan menemui penonton secara langsung di TV3 dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 26 Januari pada pukul 9 malam.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer