Breaking News
Loading...
Monday 20 January 2014

Polis Tinggal Nota Untuk Lelaki Mabuk

14:39:00
Polis Tinggal Nota Untuk Lelaki Mabuk

Seorang lelaki yang berjalan balik dalam keadaan mabuk terlepas daripada tidur dalam lokap apabila dua pegawai polis bermurah hati membawanya pulang.

Lelaki yang dikenali sebagai David, bagaimanapun mungkin terkejut apabila apabila bangun tidur keesokan harinya dan menemui nota yang ditinggalkan anggota polis terbabit.

Pada nota itu tercatat kebimbangan polis melihatnya pulang dalam keadaan terlalu mabuk hingga dikhuatiri akan berlaku sesuatu yang buruk jadi mereka menghantarnya pulang. Nota itu diakhiri dengan pesanan supaya tidak lagi mabuk sampai sebegitu rupa.

Anggota polis itu bagaimanapun tidak memberitahu nama sebenar mereka, namun menandakan nota dengan nama Cagney dan Lacey iaitu watak utama dalam drama polis yang popular di Amerika Syarikat sekitar tahun 80an.

Nota ini yang dikongsikan di laman web Cop Humour Page mendapat perkongsian yang banyak hingga ramai yang berharap supaya ‘Cagney’ dan ‘Lacey’ sebenar akan tampil memberitahu siapa mereka sebenar. – Daily Mail

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer