Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Gambar Menyayat Hati Ini Sebenarnya PALSU

12:31:00
Gambar Menyayat Hati Ini Sebenarnya PALSU


Gambar seorang budak lelaki tidur antara pusara ibu bapanya yang dikatakan berlaku di Syria, telah menjadi sensasi di media sosial sejak kelmarin.

Rata-rata yang melihat gambar tersebut berasa sedih dan mengutuk kekejaman di Syria hingga ramai kanak-kanak menjadi yatim piatu.

Sesungguhnya, situasi kekejaman itu adalah benar. Cuma yang tak benar, adalah gambar tersebut!
Rupa-rupanya, gambar itu sudah diatur oleh seorang jurugambar untuk menjadikannya kelihatan artistik.

Bermakna, kubur dalam gambar tersebut adalah palsu. Selain itu, lokasi yang didakwa gambar itu juga tidak benar kerana ia dirakam bukan di Syria tetapi di Arab Saudi.

Perkara ini diakui jurugambar yang bertanggung jawab menangkap gambar tersebut, Abdul Aziz al Otaibi, 25.

Abdul Aziz bagaimanapun, melahirkan perasaan kesal selepas mengetahui gambar tersebut disebarkan dengan kapsyen palsu.

Sedangkan gambar tersebut mula-mula dimuatnaik olehnya di Facebook peribadi dengan kapsyen jelas bahawa pusara itu hanya dibuat untuk tujuan diambil gambar semata-mata, malah kanak-kanak terlibat merupakan anak kakaknya.

Selain itu, terdapat gambar lain menunjukkan semua itu hanya satu sesi penggambaran apabila kanak-kanak terlibat membuat simbol ‘peace’ sambil tersengih.

Gambar Menyayat Hati Ini Sebenarnya PALSU

Hmm, macam-macam cara manusia nak putar belit pada zaman sekarang kan?

Bukankah matlamat tak menghalalkan cara. Kalau pun nak berdakwah atau membawa perhatian masyarakat kepada isu sejagat, tak perlulah sampai menipu dan mencuri gambar orang lain kot. – haralddoornbos.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer