Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Jaafar Onn Sindir Atau Tegur Hafiz Hamidun?

12:26:00
Jaafar Onn Sindir Atau Tegur Hafiz Hamidun?

BARU-BARU ini, tersebar pula cerita kurang enak yang melibatkan pelakon Jaafar Onn dan penyanyi Hafiz Hamidun.

Melalui akaun Instagramnya, Hafiz memuatnaik mesej peribadi daripada Jaafar Onn yang seakan-akan menyindir klip video lagu ‘Jodoh Berdua’ nyanyiannya.

Jaafar Onn Sindir Atau Tegur Hafiz Hamidun?

Penyanyi itu kemudiannya memberi komen balas:

“Berzikir di masjid boleh, dalam keta boleh, tepi pantai boleh, pakai kepiah boleh, pakai cap boleh, pakai helmet boleh.”

Jika dibaca berulang kali, penulis merasakan komen tersebut sebenarnya bukanlah bertujuan untuk memburuk-burukan Hafiz.

Mungkin kerana karakter yang berbeza, cara penyampaian mereka tentulah berbeza.

Rasanya, Jaafar sekadar menegur Hafiz dengan caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama dia juga dilihat memberi sokongan kepada album Hafiz.

Apa pun, kami harapkan perkara ini dapat dijernihkan dengan sebaik-baiknya.

Industri seni kita ni bukan besar mana pun. Tup-tup, jumpa juga. Betul tak? – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer