Breaking News
Loading...
Tuesday 28 January 2014

Scha Al-Yahya Idam Lauk Kenduri Kahwin

23:19:00
Scha Al Yahya Idam Lauk Kenduri Kahwin

MEMANG lumrah wanita mengandung mengidam bermacam-macam benda. Ada yang mudah dicari dan ada juga yang mengarut.

Pelakon Scha Al-Yahya yang kini mengandung empat bulan juga tidak terkecuali dalam melalui fasa mengidam ini.

Menurut suaminya, Awal Ashaari, isterinya sekarang lebih berminat dengan masakan kampung dan lauk kenduri kahwin seperti rendang, nasi tomato dan daging dendeng, memetik laporan GUA.

Scha juga tidak suka dengan makanan yang selama ini disukainya.

Justeru itu, Awal telah meminta Pak Ungku untuk memasak lauk tersebut kerana dialah yang bertanggungjawab menyediakan katering sewaktu majlis perkahwinan mereka dua tahun lalu.

Hai, mujurlah Scha tak minta yang bukan-bukan sampai tak mampu nak cari, tak gitu? – My Artis

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer