Breaking News
Loading...
Thursday 23 January 2014

FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit Jalil

13:52:00

FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit Jalil

Selepas kejayaannya mengumpul lebih 50,000 orang penonton pada konsert FMFA tahun lalu yang telah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sudah pasti pesta muzik terbesar di Asia yang bertemakan ‘safari’ ini menjanjikan kelainan bagi tahun 2014.
Dijangka akan dibanjiri lebih 85,000 orang penonton, lokasi konsert yang dinantikan bagi tahun 2014, Future Muzik Festival Asia 2014 (FMFA 2014) yang sebelum ini dijadualkan untuk berlangsung di The Mines telah ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
FMFA 2014 Tukar Lokasi Ke Stadium Bukit JalilPoster rasmi penukaran lokas FMFA 2014
Bakal berlangsung selama 3 hari iaitu bermula daripada 13 hingga 15 March, FMFA 2014 akan digegarkan oleh persembahan artis antarabangsa seperti Deadmau5, Armin Van Buuren, Wu Tang Clan dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, artis tempatan turut akan menghiburkan peminat di konsert mega tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer