Breaking News
Loading...
Monday 27 January 2014

Lamaran Yang Hampir Membawa Maut

20:40:00
Lamaran Yang Hampir Membawa Maut

WOLVERHAMPTON : Anthony Taylor tidak menyangka keputusannya untuk melamar teman wanitanya, Stephanie Walker di dasar laut ketika mereka menyelam rupa-rupanya hampir menjadi tragedi.

Ini kerana, Walker yang terkejut dengan lamaran tersebut hampir lemas.

Mmujurlah ada jurulatih selam yang membantunya untuk pulih semula.

Selepas semuannya kembali tenang, Walker menerima lamaran berkenaan.

Peristiwa itu berlaku ketika Taylor dan Walker bercuti di sebuah resort di Turki pada bulan Ogos tahun lepas.

Taylor yang merancang untuk melamar Walker telah berpakat dengan jurulatih scuba untuk menulis kad laminate “mahukah anda mengahwini saya’.

Ketika mereka berada 40 kaki di dasar laut, Taylor menunjukkan kad berkenaan menyebabkan wanita itu tercungap-cungap.

Selepas dia dibawa naik ke atas kapal, Taylor kemudiannya menyarungkan cincin berlian di jari Walker dan ketika sampai di daratan, mereka disambut dengan tepukan gemuruh oleh orang ramai. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer