Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Filem Romantik Muka Surat Cinta

20:25:00

mikael andre - muka surat cinta

Pengarah filem, Pierre Andre sekali lagi mempertaruhkan sebuah filem bergenre romantik berjudul Muka Surat Cinta.
Untuk filem kali ini, Pierre menggarap sebuah cerita yang memberikan mesej berguna kepada penonton. Malah tiada lagi adegan cinta tiga segi.
Filem ini sudah menemui penonton beberapa hari lalu. Ia mengisahkan pencarian cinta seorang penulis novel, Putra lakonan Mikail Andre yang bersikap dingin terhadap isterinya Luna ( Nina Iskandar ) kerana mereka berkahwin secara paksa atas kehendak keluarga.
Sepanjang perkahwinan bersama Luna, Putra menjadi keliru dengan perasaannya sehinggalah dia mendapat petunjuk dari sebuah novel berjudul Mencari Cinta. Putra menjadi tertarik dengan cerita dalam setiap muka surat.
Putra menjadi minat untuk mengenali “ siapa “ wanita yang menulis ungkapan yng cukup bermakna yang membuatkannya berusaha habis-habisan menjejak si gadis empunya diri.
Namun, mampukah Putra menemui gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Di Alam Maya. Bagaimana pula dengan ikatan pernikahannya dengan Luna?
Filem ini menampilkan barisan pelakon baru Mikael, Nina, Azwan Kombos, Hilal Azman, Atikah Suhaime dan Afiera Riana.
Filem ini juga menggabungkan pelakon muda dari tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.
Bagi anda yang mencari sebuah karya romantik lain dari yang lain, jangan lupa saksikan filem Muka Surat Cinta di pawagam.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer