Breaking News
Loading...
Tuesday 28 January 2014

Fazura VS Hanez Suraya: Publisiti VS Harga Diri?

07:41:00
Fazura VS Hanez Suraya: Publisiti VS Harga Diri?

KL : Panas! Iya, memang radar panas tahap tinggi menjadi bacaan terkini bagi cerita mengaitkan pelakon jelita Nur Fazura Sharifuddin dan seorang lagi aktres iaitu Hanez Suraya yang seperti belum menunjukkan tanda akan tamat buat masa terdekat ini.

Murai Batu pun hairan juga kadang-kadang dengan jawapan yang diberikan oleh artis kita apabila berhadapan dengan cerita yang kurang enak mengaitkan nama mereka. Adakalanya patut untuk kita tampil membersihkan nama dari terkena tempias gosip dan ada waktunya jangan dilayan.

Bukanlah Murai Batu nak masuk sebelah sesiapa tetapi apa yang berlaku diantara kedua jelitawan pujaan ramai ini, kalau silap langkah bukan sahaja nama akan buruk tetapi akan menampakkan ketidak matangan bila berhadapan dengan sesuatu.

Sudah yang seorang dakwa dia tidak mengata yang seorang lagi, tetapi yang satu lagi pula mahu menegakkan keadilan bila disekat di laman Instagram. Pada pandangan Murai Batu, adalah lebih elok perkara ini diselesaikan secara tertutup sahaja dan tidak perlu membalas dan terus membalas.

Murai Batu paham mungkin Hanez Suraya bengang mahupun bingung mengapa dia disekat namun jika dia memberitahu kepada wartawan maha hebat sekali pun, adakah Fazura akan unblock dia kembali? Lagipun dah beberapa kali Murai Batu dengar kes Hanez cuba untuk memperbetulkan keadaan bila mana ada orang cuba laga-lagakan mereka tetapi Fazura tiada pula tampil berbunyi atau membalas.

Kadang-kadang kesian tengok selebriti kita kalau kena berhadapan dengan cerita yang mengaitkan nama mereka dek kerana cerita yang tidak seberapa tetapi melatah sampai silap-silap akan merosakkan nama sendiri. Tak dinafikan ada juga selebriti yang memilih untuk mengambil langkah ‘boh’ layan atau hanya pekakkan telinga tetapi fokus kepada kerjaya dan gunakan itu untuk buktikan kepada masyarakat diluar sana siapakah anda.

Nak jadikan cerita pula, Murai Batu dapat tahu mereka berdua pernah menggunakan khidmat pembantu peribadi yang sama dan Hanez Suraya kini sedang berhadapan masalah dengan individu itu hinggakan timbul kes saman menyaman, hmmmm no komenlah.

Kes tiru meniru ini sudah menjadi lumrah kepada orang perempuan bukan? Mana ada perempuan yang suka jika ada orang meniru gayanya atau apa dipakainya apatah lagi ada anasir yang cuba melaga-lagakan mereka. Kalau tidak masakan daripada pernah bertegur sapa kini lain pula jadinya.

Walhal, Murai Batu pernah terdengar Fazura memuji personaliti Hanez ketika itu mereka bergambar bersama di majlis resepsi seorang aktres juga. Murai Batu ketika itu juga sedang beratur mahu bergambar dengan Fazura dan mata Murai Batu ketika itu dah lama perasan iras wajah mereka yang ada sedikit persamaan. Tetapi tidak sangka pula jadi begini.

Kepada kedua mereka, Murai Batu bukan mahu menjadi pendamai tetapi sekadar meluahkan apa yang Murai Batu rasa perlu bagi menjaga keharmonian aktres-aktres kita yang balik-balik akan jumpa muka yang sama sahaja bukan? Tak eloklah nak jeling-jeling, sindir menyindir kan? Tetapi sindiran itu memang disengajakan cuma siapa yang makan cili dialah terasa pedasnya, ooopss! Murai Batu asyik selsema saja sekarang, cuaca dingin mungkin. Nak pergi makan ubat dulu, ciao! – Murai

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer