Breaking News
Loading...
Monday 20 January 2014

Polis Tangkap Lelaki Koyak al-Quran

12:54:00
Polis Tangkap Lelaki Koyak al Quran

BIRMINGHAM : Polis Britain menangkap seorang peminat bola sepak kerana mengoyak helaian kitab suci al-Quran dan melontarnya semasa satu perlawanan di sini.

Polis berkata, perbuatan biadap itu berlaku pada perlawanan Liga Kejuaraan antara kelab Birmingham dan Middlesbrough pada 7 Disember lalu.

“Seorang lelaki berumur 25 yang identitinya tidak didedahkan ditangkap kerana cuba mencetuskan kebencian kaum,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan berhubung penangkapan tersebut.

Lelaki berkenaan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Dia bagaimanapun dilarang daripada hadir pada sebarang perlawanan bola sepak sementara kes itu disiasat. – AP

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer