Breaking News
Loading...
Tuesday 21 January 2014

Nota Lucu Kanak-kanak Minta Maaf

20:22:00
Nota Lucu Kanak kanak Minta Maaf

Imaginasi kanak-kanak kadangkala tak terbatas. Contohnya, nota comel di atas yang ditulis seorang kanak-kanak berusia 8 tahun bernama Zachary.

Nota meminta maaf itu ditulis Zachary untuk adiknya, Ben yang cedera terkena gunting yang dilemparnya.

Menurut Zachary dalam nota tersebut, dia tidak bermaksud hendak membaling gunting tersebut pada Ben tetapi rakan mereka bernama Chris.

Bagi menjelaskan lagi maksud hatinya, Zachary melukis satu jongkat jongkit bagi menunjukkan sejauh mana dia sayangkan Ben jika dibandingkan Chris.

Nota ini ditemui ibu Zachary dan Ben, Jenny Davidson ketika mengemas baru-baru ini lalu dikongsikannya di Facebook.

Bagaimanapun Jenny menjelaskan, peristiwa terbaling gunting ini sudah 13 berlaku dan anak-anaknya kini sudah berusia 20an.

Mereka semua katanya, ketawa terbahak-bahak selepas membaca semula nota maaf tersebut. – Huffington Post

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer