
Baru-baru ini pengarah terkenal Malaysia, David Teo telah memuat naik gambar anak kesayangan pasangan suami isteri selebriti popular, Farid Kamil dan juga Diana Danielle di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, anak yang diberi nama Muhammad itu kelihatan mesra didukung oleh Farid Kamil.
Anak beranak mesra bergambar bersama
Menurut Diana, nama Muhammad telah dipilih oleh ibu mertuanya sendiri selepas dia sekeluarga pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum sambutan perayaan hari raya yang lalu.
“Nama anak saya Muhammad, mudah dan senang tapi kami panggil dia Sayang sahaja” – Diana, dipetik dari mStar Online.
David Teo kelihatan sedang bergurau senda dengan Muhammad.
Diana kini dikatakan sedang menjalani tempoh berpantang di kampung halaman suaminya di Kedah. Selesai tempoh berpantang, dia akan menjalani latihan praktikal di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, Diana merupakan penuntut di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia.
OHBULAN
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.