
Siapa tidak kenal dengan Lisa Surihani, aktres popular berwajah comel yang pernah merangkul anugerah sebagai Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi filem Lagenda Budak Setan suatu ketika dahulu.
Terbaru, aktres itu dikatakan sudah bertukar angin dan mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Ya, selain berlakon, rupa-rupanya Lisa juga berbakat dalam menyanyi. Hebat, bukan?
Sebagai bukti, buat julung-julung kalinya Lisa telah merakamkan lagu bertajuk Kekasih Abadi dan ia merupakan lagu pertama duet nyanyiannya bersama-sama suami tercinta, Yusry Abdul Halim.
Mendengar kepada pengalaman Lisa sendiri, pada mulanya dia enggan untuk merakamkan lagu tersebut walaupun telah dipujuk berkali-kali oleh Yusry. Namun, setelah melihat akan usaha Yusry yang sungguh-sungguh mahukannya menyanyi, akhirnya dia bersetuju.
“My husband insisted I did this with him, finally agreed after so much convincing. I did it for you Baby. Thank you for the just-for-fun experience” – Lisa Surihani.
Lisa dan Yusry mengabadikan kisah cinta mereka menerusi lagu duet berjudul Kekasih Abadi ciptaan adik iparnya sendiri, Edry Abdul Halim.
Lisa berkongsi dengan peminat lagu duetnya bersama Yusry di laman sosial akaun Instagramnya.
Lagu ini telah mula dirakamkan sekitar bulan September yang lalu di mana proses rakamannya mengambil masa antara dua hingga tiga hari sahaja. Anda kini boleh mula mendapatkannya menerusi aplikasi i-Tunes.
Untuk pengetahuan semua, Kekasih Abadi telah diambil sebagai lagu tema bagi program travelog Paspot Cinta Yusry Lisa yang bakal ditayangkan bermula Mac depan di RTM2.
Menurut Lisa, dia masih tidak pasti sama ada dia akan terus mengembangkan kariernya dalam bidang nyanyian ataupun tidak memandangkan tujuan asal dia menyanyi hanyalah sekadar memenuhi permintaan Yusry.
Jadi, sama-samalah kita nantikan apakah keputusan Lisa nanti.
Sumber: Mstar Online dan Instagram Lisa Surihani.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.