Breaking News
Loading...
Wednesday 8 January 2014

Nota Tegur Pemilik Tinggal Anjing Dalam Kereta

08:17:00
Nota Tegur Pemilik Tinggal Anjing Dalam Kereta

Kisah kanak-kanak meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta sememangnya satu berita yang cukup menyedihkan.

Rata-rata kita akan terbayang betapa seksanya anak kecil menahan kepanasan dan kekurangan oksigen hingga akhirnya terkulai tak bernyawa.

Begitu pun, melakukan perkara serupa kepada haiwan peliharaan tak kurang kejamnya.

Dalam nota yang ditinggalkan pada satu cermin kereta, seorang pemilik haiwan peliharaan ditegur kerana meninggalkan haiwannya dalam kenderaan ketika cuaca panas.

Nota Tegur Pemilik Tinggal Anjing Dalam Kereta

Justeru individu prihatin yang menyaksikan perkara ini telah membawa haiwan tersebut ke balai polis berhampiran.

Tak kiralah anak mahu pun haiwan peliharaan, semoga kita dijauhkan daripada kecuaian yang akhirnya membawa kepada penyesalan yang tak terhingga. – MyNewsHub

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer