
Setelah agak lama membiarkan peminat ternanti-nanti, akhirnya pada 1 January 2014 Nurul telah membuat keputusan untuk berkongsi wajah dan nama sebenar bayi keduanya yang dikenali sebagai Baby Z selama ini.
Bayi lelaki yang bakal menginjak usia 3 bulan pada keesokan hari ini diberi nama Zachary Depp namun suami Nurul lebih selesa memanggilnya Zakaria.
Menurut Nurul, nama tersebut dipilih selepas melihat beberapa orang yang dikenalinya dengan nama sebegitu mempunyai perwatakan istimewa, menyenangkan dan kacak.

Bagi yang tertanya-tanya, nama Zachary juga membawa maksud yang baik iaitu amanah dan beragama. Maka secara tak langsung Nurul dan suaminya mahukan anak mereka memiliki ciri-ciri tersebut selain berusaha mendidik Baby Z ke arah kebaikan di masa akan datang.
Mungkin ada yang menganggap si kecil itu lebih mirip bapanya namun kalau anda nak tahu, genetik Nurul sebenarnya kuat mengalir dalam darah Baby Z sewaktu dilahirkan terutamanya di bahagian raut wajah dan warna kulit.
Untuk pengetahuan anda, Baby Z merupakan anak pertama Nurul hasil daripada perkahwinan keduanya dengan jejaka Perancis, Eric Depp. Nurul juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 tahun hasil perkahwinannya dengan Ajai sebelum mereka bercerai.
OHBULAN




0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.