Adakah Johan Bakal Dibuang Pihak Pengurusan?
 -
SEBENTAR tadi portal Ohbulan! melaporkan mengenai seorang pelakon yang digelar ‘artis hinggap’ bakal dibuang oleh syarikat pengurusannya.

Gelaran tersebut sempena kontroversi yang kerap dicetuskan olehnya dengan beberapa artis wanita tanahair.

Khabarnya, dua orang atas pihak pengurusannya dikatakan bergaduh kerana pelbagai kontroversi yang ditimbulkan oleh pelakon tersebut.

Berdasarkan ciri-ciri yang disebutkan, hanya satu nama yang terlintas di fikiran kami iaitu, Johan As’ari!

Kalau bukan Johan, tak tahulah siapa lagi sebab pelakon inilah yang paling hangat diperkatakan sekarang selepas isunya dengan Lana Nordin.

Apa pun, harap-harap silaplah tekaan kami ni ya Johan… – MyNewsHub