Breaking News
Loading...
Saturday, 21 December 2013

Tolak GST kerana ia 'Gasak Sampai Tulang' rakyat

12:18:00
Shamsul Iskandar

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyeru rakyat supaya  menolak perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kerana baginya  GST akan terus-menerus menambah penderitaan  rakyat.

Jelas Shamsul, beliau mengibaratkan GST sebagai akan 'Gasak Sampai Tulang' rakyat, padahal kesilapan berlaku atas kegagalan kerajaan untuk mentadbir urus kewangan negara dengan baik.

"Pelaksanaan GST akan gasak rakyat sampai ke tulang, GST akan menyebabkan barang-barang akan naik harga.

"Rakyat yang terpaksa tanggung beban, padahal kerajaan yang gagal urus kewangan negara.

"Jangan cakap pelaksanaan GST baik untuk rakyat, padahal pelaksanaan tersebut lebih banyak memberi keburukan daripada kebaikan, sekaligus menambah derita rakyat," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Shamsul yang juga ahli Parlimen Bukit Katil menggesa supaya kerajaan berhenti daripada memberi tekanan kepada rakyat, kerana padahnya, rakyat akan menolak pimpinan sekarang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kamu (kerajaan) tekan rakyat, saksikan kebangkitan rakyat dalam lima tahun lagi," katanya.

Mengikut perkiraan, GST akan dilaksanakan oleh kerajaan menjelang 1 April 2015.

SINAR HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer