
PUTRAJAYA : Kontroversi skandal Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim yang sudah berlarutan empat bulan memasuki episod baharu apabila Nooraida Abdul Mutalib yang digosip dengan aktor itu diceraikan suaminya dengan talak satu kelmarin.
Amiruddin Osman, 56, berkata, dia menceraikan Nooraida di kediamannya di Johor Bahru sekitar pukul 4.30 pagi dan 5 pagi, 19 Disember lalu.
Selepas penceraian ini, kata Amiruddin, dia berharap lelaki yang pernah berjanji akan bertanggungjawab terhadap Nooraida menunaikan janji-janji yang dibuat melalui WhatsApp terhadap bekas isterinya itu.
Jelas Amiruddin lagi, keputusan menceraikan Nooraida, 30, dibuat selepas mereka mengadakan perbincangan dari hati ke hati. – Kosmo
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.