Breaking News
Loading...
Saturday, 21 December 2013

The Hobbit unggul

09:08:00


Filem sekuel The Hobbit: The Desolation Of Smaug mengungguli carta kutipan filem ‘box office’ Amerika Syarikat dengan mencatat kutipan sebanyak RM241.4 juta minggu ini.
Manakala, filem animasi hebat Frozen yang mengungguli carta teratas minggu lalu jatuh di tempat kedua minggu ini dengan mencatat kutipan sebanyak RM74.1 juta.
Tempat ketiga carta pula menyaksikan filem Tyler Perry’s A Madea Christmas dengan mencatat kutipan sebanyak RM52.4 juta. 

Filem The Hunger ­Games: Catching Fire pula jatuh tempat keempat dengan mencatat kutipan sebanyak RM44.9 juta. Ia disusuli dengan filem Thor: The Dark World (RM9.2 juta), Out Of the Furnace (RM7.9 juta), Delivery Man (RM 6.4 Juta), Philomena (RM5.9 juta), The Book Thief (RM5.6 juta) dan Homefront (RM5.6 juta).


Sementara itu, carta Top 10 filem Box Office tempatan dan import minggu ini menyaksikan filem The Hobbit: Desolution of Smaug (juga dalam 3D) turut mengungguli carta teratas minggu ini. Dua filem aksi hebat dari Hong Kong, Firestorm dan The White Storm pula berada di tangga kedua dan ketiga carta minggu ini. Filem hebat Hollywood Frozen (juga dalam 3D) pula hanya mampu berada di tang­ga keempat.


Apa yang membe­rangsang­kan, filem tempatan yang juga genre seram Paku arahan P Ramesh yang mula menjengah pawagam tanah air pada 12 Disember lalu menduduki tangga kelima carta Top 10 menewaskan filem import, Captain Philips.

Selain Paku, filem Papadom 2 juga berjaya­ menewaskan filem Every­body’s Business dengan berada di tangga ketujuh carta minggu ini. Tidak ketinggalan, filem Ular yang berada di tangga keenam menewaskan filem sekuel Hollywood, The Hunger Games: Catching Fire yang jatuh di tangga terakhir minggu ini. -HARIAN METRO

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Toggle Footer