
Belum ada satu drama mahupun filem, jauh sekali mempunyai single atau program yang dikendalikan.
Hakikatnya belum ada sebarang produk mampu dibanggakannya namun gadis ini cukup popular di laman sosial dengan ribuan pengikut (follower).
Mungkin jumlah pengikutnya masih jauh ketinggalan berbanding selebriti popular lain tetapi dengan jumlah yang mencecah angka ribuan sudah pasti anak gadis ini memiliki kelebihan tersendiri.
Apa yang pasti, dia memikat umum melalui hasil fotografi yang cukup mengagumkan. Wajahnya bisa dibentuk menjadi watak srikandi seperti Lara Croft dalam Tomb Raider, Samurai, Geisha termasuk karakter bintang ternama seperti mendiang Marilyn Monroe, Jennifer Lopez dan supermodel Coco Rocha.
Ini sekali gus membuktikan dia popular dan punya aura persis bintang terkenal. -HARIAN METRO
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.